Keluaran dan sambutan Siti_Nurhaliza_(album_1997)

Siti Nurhaliza II dikeluarkan pada 27 Januari 1997[1] (17 hari selepas ulang tahun kelahirannya ke-18) dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan jualan yang melebihi 150, 000 unit.[5] Album ini menerima pensijilan platinum dan ia juga dikeluarkan lima bulan sebelum Krisis Kewangan Asia 1997.

Single pertama album ini, "Aku Cinta Padamu" dikeluarkan pada 3 Januari 1997, dan dikatakan menjulang nama Siti di persada muzik Indonesia dengan tajuk gantian "Betapa Ku Cinta Padamu" lalu mendapat sambutan baik di republik itu. Di dalam laporan berita oleh Billboard, Siti Nurhaliza II telah terjual sebanyak 500, 000 unit di Indonesia sahaja.[7] Album ini diterbitkan bersama oleh Suria Records dan syarikat rakaman Indonesia, Blackboard dan diedarkan di Indonesia oleh Suara Sentral Sejati.[7]

Kejayaan lagu "Aku Cinta Padamu" kemudian diikuti dengan dua single seterusnya, "Wajah Kekasih" dan "Bisikan Asmara". Muzik video untuk ketiga-tiga lagu ini dikeluarkan. Muzik video lagu "Kesilapanku, Keegoanmu", "Demi Kasih Kita", "Tirai Semalam", "Rindu Di Antara Kita", "Khayalan Cinta" dan "Usah Diragui" turut dikeluarkan. Sepertimana album Siti Nurhaliza I, album ini juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album berbeza.[8] Album Siti Nurhaliza II dikeluarkan dalam bentuk fizikal (cakera padat dan kaset) pada hari pertama pelancarannya dan kemudiannya dikeluarkan format digital (muat turun digital) pada tahun 2013.[1][9] Pada tahun 2017, album ini dicetak dalam bentuk piring hitam (LP).

Rujukan

WikiPedia: Siti_Nurhaliza_(album_1997) http://www.facebook.com/pages/Siti-Nurhaliza-Tarud... http://books.google.com/books?id=IQ8EAAAAMBAJ&pg=R... http://simplysiti.com/peransang-abang-dalam-karier... http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_conten... http://www.tabloidbintang.com/ http://sitinurhalizamusic.weebly.com/siti-nurhaliz... http://sitisentral.weebly.com/siti-nurhaliza-ii.ht... http://engkumuzahadin.blogspot.my/2018/01/ost-dram... http://books.google.com.my/books?id=0A4EAAAAMBAJ&p... http://www.nib.com.my/archives/text/view/2703856?p...